02 October 2012

2nd UPDATE.


assalamualaikum,
dan salam sejahtera,
wiii..
sudah lame rasenye x mgupdate blog..
huhuhu..
*ß maaf ayat same mcm thun lepas. Hihi
oke2 straight to the point,
aku ingin meminta maaf sbb dah lame x update blog.
insyaAllah, lpas nie sudah tiada halangan lagi.
NEXT NEXT NEXT ! !
doakan aku kwn2.
hihihi lupekan sengketa lama.
bukak buku baharu =)
orait! Nantikan post terbaru aku. hiihihi















(gambar diatas original dari enset murah aku,bukan amek dri google taw)

knpe dengan gambar diatas ?
hehehe nanti aku crite.
ok jupe nati.
maasalamahh ;)



06 September 2011

welcome back !

Assalamualaikum,
dah lame x meng'update' blog...
lebih setahun dan 2 bulan .
HAHA :P
dah bersarang dah blog aku ni huhu

29 January 2010

skoL0h lamo ak..sk Gua musANg


woo.......
skoloh lamo ak.......
skoloh yg thebat di dunia.........
HOHO.......
sek-sek SKGM 01-06 jange pecoh blakoww...

11 December 2009

ntah ape ape


Assalamualaikum,

tak nak cakap bnyak.. aku pon xtahu nak merepek pasal ape kat blog ni huhu

29 November 2009

peny0kong kelaTE paling hEBaT...



Penyokong Kelantan bukan ganas

HAHA..ak tersenyum sendirian dgn pandangan yg dilemparkan oleh seorang saudara dari Serdang, Selangor apabila membaca ruangan Forum Utusan Malaysia 3 November 2009 berkenaan dengan pandangan beliau ‘Budaya samseng bola sepak penyokong Kelate’.

ak ras0 saudara dari selangor itu cemburu dengan penyokong pasukan kelate yang memberikan sokongan padu kepada pasukan ditambah dengan kekalahan pasukan REd GIANt ke atas pasukan jiran Kelantan iaitu Terengganu(skuAd penYu).

Memang sek kto(penyokong kelate) akui, terdapat segelintir penyokong Kelate yang terlalu taksub kepada pasukan Red Warrior yang menjadi pasukan kesayangan mereka sehingga sanggup melakukan apa saja termasuk melakukan perbuatan ganas seperti rusuhan yang berlaku baru-baru ini.

Namun harus diingat bahawa penyokonglah yang memberi semangat,kekuatan dan perangsang kepada pasukan red warrior untuk mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia pada 7 November 2009.

Kehadiran penyokong Kelantan ke Perlis yang hampir 15,000 orang berjaya membolehkan Kelantan mengalahkan Perlis 3-1 dan menempah slot untuk ke perlawanan akhir Piala Malaysia.

Penyokong Kelantan jugalah yang membolehkan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bernafas pada hari ini kerana hasil daripada kutipan penonton yang sentiasa memenuhi Stadium Sultan Mohamad Ke-IV dapat digunakan untuk membayar gaji pemain memandangkan Kelantan tidak ditaja oleh mana-mana pihak.

Ini kerana kehadiran penonton di setiap stadium perlawanan yang melibatkan pasukan Kelantan, tidak kurang dari 10,000 orang penyokong yang membanjiri stadium.

Ini tidak termasuk perlawanan di tempat sendiri iaitu di Stadium Sultan Muhamad ke-IV di Kota Bharu.

Stadium yang boleh menempatkan seramai 25,000 orang penonton penuh sesak dengan manusia berpakaian merah.

Ini sekali gus memberi pendapatan kepada KAFA dan persatuan bola sepak lain dengan kehadiran penyokong Kelantan.

cubo kto bayangkan sebelum ini, Kelantan belum pernah berjaya mara ke mana-mana perlawanan akhir. Selama 39 tahun, pasukan Kelantan menanti untuk mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia.

Memang tahun ini Kelantan naik dengan mendadak dengan berjaya Naib Juara Piala FA.

Ini semua adalah usaha Presiden KAFA iaitu Tan Sri Haji Annuar Musa yang bertungkus lumus untuk memajukan bola sepak di Kelantan agar disegani lawan.

Selepas beliau mengambil alih KAFA, sedikit demi sedikit perubahan berlaku.

Kalau dulu Kelantan dilabelkan sebagai pasukan kerdil, belasahan dan sentiasa berada di tangga bawah liga, kini tidak lagi.

Ini sekali gus menarik minat penonton untuk mengikuti perkembangan pasukan ini. Jika dulu penonton di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV lengang tanpa penonton, itu kerana mereka memberontak kerana mereka tahu pasukan mereka akan kalah. Sekarang tidak lagi.

Penonton memenuhi segenap ruang di dalam stadium. Ada yang duduk, ada yang berdiri di tempat duduk belakang, berdiri di pagar hanya kerana ingin memberi sokongan kepada pasukan mereka.

Harga tiket tidak menjadi halangan bagi mereka. Kalau tiket habis, mereka rela mencari ulat-ulat tiket walaupun harga yang ditawarkan adalah dua kali ganda dari harga asal.

Janganlah kerana insiden rusuhan di Kota Bharu baru-baru ini dijadikan bukti untuk mengatakan bahawa penyokong Kelantan adalah samseng bola sepak.

Sungguh singkat tahap pemikiran saudara dri selangor itu.. Pernahkah dem0 berkunjung dan rasai suasana di Kota Bharu? Berkenaan kejadian di Kangar, anda berada di sanakah? Berapa banyak bas dan kereta yang rosak di Kangar dan adakah semua itu kepunyaan penyokong Perlis?

Jangan tuduh yang bukan-bukan jika tidak tahu perkara yang sebenar. Adakah anda tahu bahawa pasukan Terengganu juga melakukan rusuhan di Stadium Sultan Ismail Nasirudin di mana penyokong masuk ke padang dan cuba mencederakan pengadil tetapi hanya dikenakan denda sebanyak RM16,000 sahaja sedangkan Kelantan dikenakan denda RM100,000 dan tidak dibenarkan bermain di Kota Bharu.

Jangan kit0 bersikap serkap jarang. Cuba fahami isi hati penyokong Kelantan.

Sebelum ini mereka kecewa dengan pasukan mereka dan kini mereka boleh berbangga dengan pasukan mereka.

Bagi mereka, pasukan Kelantan adalah segalanya sekarang. Tidak kira mana-mana fahaman politik, mereka bertandang ke stadium tidak kira kecil besar tua muda semua datang berbondong-bondong untuk memberi sokongan mereka kepada pasukan Kelantan.

Bagi mereka, ini masanya untuk mereka bergembira, melepaskan penat lelah seharian bekerja dan meluangkan masa dengan keluarga.

Inilah penyokong bola sepak sejati. Sanggup pergi ke stadium walaupun sesak, penuh dengan orang ramai tidak kira hujan atau tidak mereka tetap hadir memberi sokongan.

Sesungguhnya kemajuan pasukan Kelantan berpunca daripada penonton.

Semoga pasukan Kelantan berjaya merangkul Piala Malaysia, piala yang menjadi idaman setiap pasukan yang bertanding...

biar gheti gak etek..ak salah seorang daripada ribuan peminat dan penyokong Red Warrior yang bangga dengan pasukan Kelantan.

GOMO KELATE GOMO.. VIVA RED WARRIOR...

MR.PHAIZ(phelps_super@yahoo.com)
Gua Musang, Kelantan